Thursday, 13th August 2020
 

Latest News

NOTIS OPERASI PEJABAT LAM SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Pejabat Lembaga Arkitek Malaysia akan beroperasi semula pada 4 Mei 2020 (Isnin) dalam keadaan terkawal serta mematuhi sepenuhnya Prosedur Kerja Selamat Pencegahan Covid-19 Di Tempat Kerja yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia. Waktu operasi pejabat LAM adalah di antara 9.00 pagi hingga 3.00 petang pada setiap hari bekerja.

Dalam tempoh PKP 4 ini urusan di kaunter LAM adalah TIDAK DIBENARKAN. Nombor telefon pejabat LAM yang boleh dihubungi adalah seperti berikut; 03 26982878.

Untuk keterangan lanjut, sila muatnaik lampiran dibawah:

Files:
Notis Operasi Pejabat LAM Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP)
File size: 182.99 KB

Tingkat 17, Blok F, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur, Malaysia

+603-2698 2878 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.